Wednesday, 29 August 2018

Allah sebaik2 perancang(PART 2)

Assalamualaikum gaisss..bermulanya cerita...

pada awal tahun 2016..pada bulan April Erin dan suami telah bercuti di Melbourne bersama kakak,adik dan mak Erin...sampai je di Melbourne suami terus pasang niat nak bawak MIL datang Aussie jugak..katanya MIL tak pernah ke oversea..paling jauh pun Singapore..sebab ada adik beradik kat sana. So start dari situ la kami plan nak ke Sydney bersama MIL.

Money Planning.

Balik je dari Melbourne terus rushing kumpul duit sebab nak gi Sydney. Niatnya memang nak gi berseronok la kat sana. So bajet kami agak besar. Siap plan nak gi dua minggu tau. Bajet belanja kat Sydney saja dalam 10k AUD ye...banyakkan..mesti korang cakap over..tp tu la suami Erin..kalau boleh semua nak yg terbaik untuk orang tersayang. Memang niat nak gi mewah la tu..Pastu tiket flatbed ada promosi pulak kan...Erin dengan suami mula2 bajet nak gi dua orang je..pastu beli tiket dlu utk kitorang je..untuk tiket Erin dan suami masa tu RM1399(flatbed Air Asia)...Pastu bila dah plan nak bawak MIL..kitorang beli lagi satu tiket untuk MIL. Tapi dapat harga lagi murah(Nyesal beli awal tiket kami hari tu). Untuk tiket MIL kami dapat harga RM1299 je(Flatbed Air Asia). Trip kami pada bulan September 2017.

Untuk pengetahuan semua kami beli tiket one way tau..kononnya nanti dah xtau nak pi mana kami baru nak beli tiket balik.huhuhu..(jangan tiru kejadian ini ye gaisss). Lepastu dah kumpul duit banyak2 dah ni..sampai la masuk tahun 2017. Sampai la bulan yang akan dikenang sampai bila2..HAHAHAHA

Suami ada nampak iklan kereta idaman dia. Murah la untuk harga dia tgk tu..huhu..Duit yang disimpan dah dekat 20k tu kami pakai beli kereta..Dengan hati yang redha...gembira bercampur pasrah..hahaha...kami terpaksa call MIL bagitahu mungkin tak jadi gi Sydney. Sebab duit dah habis pkai beli kereta. MIL pun nak cakap apa lagi kan..huhu...sedih part ni..sebab impian suami nak bawak mak dia jalan2 oversea.

Tapi berbekalkan semangat dan ketekunan dan kerajinan bekerja..hahaha..kami usaha jgk untuk kumpul duit..kali ni dah pasrah.

Plan bertukar.

Plan yang pada mulanya nak gi jenjalan mewah kan..heheheehe..dengan tekad yg ada..Erin plan balik gi secara bajet. Erin dropkan semua bajet..Gi tempat yg betul2 menarik je..dan of course gi mercu tanda Sydney tu..opera house..hehe..kami beli tiket balik siap2..tiket seat biasa ja..RM400 seorang from Sydney to KLIA 2. kami sparekan duit belanja untuk MIL 700AUD. Erin dan suami plak bahagi dua duit belanja. Seorang dapat 1300AUD. Untuk visa pulak semua Erin yang uruskan. Alhamdulillah..nasib baik semua lulus..tapi time kami gi sne tu senang lg la lepas visa tu. Sebab sekarang dengar kata dah susah nak lepas visa.. dah ramai yg terpaksa burn flight tiket..ksian sgt..sbb Erin pun hampir2 tak lepas suami punya visa..dia pending berbanding yg lain. Nasib dapat email kata lepas jgk..huhu..

So untuk hotel Erin amek WEstend Backpacker. Satu malam RM97 X 6 MALAM. hehehe..murahkan..dia mcam hostel..tp Erin amek yg ada toilet dalam bilik la..segan la nak kongsi2 ni kan.huhu..yang bestnya..hotel ni dekat tingkat bawah ada 7 Eleven. Berhadapan bangunan kami pulak ada kedai runcit thailand. ada la jual air..buah2an..jan2 asia la kira..hahaha..brg2 dapur mcm sayur semua pun ada..(Erin rindu pelam asam cili tu)...huwaarrgghh..nak pi lagi..dan yg paling penting..kitorang bawak kicap kipas udang dari Malaysia UOLLLLSSS..hahahaha..yaaa..dekat Westend BAckpacker tu..ada dapur tau kat lobby..huhu..kami ada jgk la turun masak..hahah..tp selalu ramai situ..mat salleh yg solo2 pi turun masak maggi la apa la..so kitorang masak waktu malam je..sebab siang kitorang gi jenjalan..so makan kat luar la..hahaha

so..akhirnya sampai la kitorang ke tanah kangaroo tu..huhu..next entry Erin akan  sertakan tempat2 kami gi kat Sydney tu..tunggu tau...Selamat malam gaissss.





ni keadaan hostel tersebut.hehehe

No comments:

Post a Comment