Friday, 27 July 2018

Nak Travel mesti kena fit.

Assalamualaikum guyssss...haaa..nampak dak tajuk kat atas tu..ok..ni la yang erin nak sembang kali ni tentang fit ke tak fit kan bila nak berjalan di negara orang ni..ok..ceritanya bermula..

Untuk pengetahuan semua..kebanyakkan negara luar yang sering orang Malaysia kunjungi seperti Singapore,Australia,Jepun,Indonesia dan sebagainya..majoriti masyarakat ini menggunakan public transport..bukan nak cakap diorang tak drive..tapi public transport ni lebih memudahkan diorang dan menepati masa.

So,apa yang kita akan bincangkan disini adalah persediaan diri kita sendiri apabila memasang niat untuk travel.....(sis bercakap berdasarkan pengalaman sis)

Berdasarkan tajuk di atas..nak travel mesti kena fit kalau tak pancit..yaa..itu la tajuk penuhnya.. Bagi mereka yang tidak pernah berjalan kaki di dalam jarak yang jauh dinasihatkan untuk memulakan self fitness sendiri di rumah ataupun menggunakan khidmat penasihat kesihatan ataupun ke gym.

Bagi erin sendiri..first time erin ke Melbourne bersama keluarga just ingatkan alaaa nak berjalan mcm gi langkawi tu je..naik keta..lagipun gi 4 hari 3 malam je..sekali sampai hari pertama nak ke victoria market tu..Allahu...malam tu mula la meraung2 kaki bengkak sebab berjalan berblok2 dari apartment kami ke victoria market tu..(entry yang di melbourne nanti erin post okayyy)

Disebabkan serik dah untuk pengalaman pertama tu..next vacation Erin ke Sydney dan buat self fitness siap2 tiga bulan sebelum fly ke sydney. Alhamdulillah..persediaan self fitness tu sangat membantu selain dapat menyihatkan tubuh badan kita.

Cara Erin dan suami hanya exercise di dalam rumah macam lari setempat ataupun light exercise macam sit up,pumping dan sebagainya. Untuk permulaan jangan terus buat sit up atau pumping tu dalam kuantiti yang banyak..belajar buat dalam 10 dulu..esok buat 15..naikkan kuantiti tu sikit demi sikit ikut kemampuan..

Bergantung kepada diri sendiri nak start berapa bulan sebelum travel. Macam erin buat sekali untuk fitness harian..so boleh start bila2 and boleh travel bila2..hahaha(kalau ada duitπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜‚πŸ˜‚).

Okay..itu saja entry kali ni berkaitan fitness..sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen dibawah..InsyaAllah erin akan reply ok..

C yaaa..

Belanja sikit gambar di Melbourne..

Tuesday, 24 July 2018

Assalamualaikum semuanyaaaaaaa...so...atas sebab2 tertentu..haha...segala perihal travel akan dilampirkan di sini untuk panduan umum..erin akan nyatakan lokasi..harga..keadaan..dan pelbagai perkara menarik dan penting ketika travel..hope u guyss enjoy dengan entry2 yg bakal mendatang...